Friday, December 10, 2010

10 things that i gonna miss bout Desa Sri Hartamas ;)

Ngeh, macam tajuk filem kan post aku hari ni. Sebenarnya dah lama sangat tak post apa-apa dalam blog ni.Mungkin sebab bz dan mungkin jugak sebab aku dah nyaris terlupa password aku;) Ok bersambung pada tajuk di atas supaya karangan aku pada hari ini tak terpesong('o'), last 3 week aku dapat satu email dari HR, email yang memang selama ni aku nantikan. Bukan sebab aku tak suka kerja aku sekarang tapi mungkin sebab nak dekat 7 tahun aku buat menda yang sama jadi dah sampai satu tahap aku teringin nak buat something different. So Alhamdulillah doa aku dimakbulkan dan insyaallah bermula rabu depan aku akan bekerja di tempat yang baru. Tapi adat manusia lah time tak dapat, gila psiko doa hari-hari, belum masuk sembahyang hajat 12 rakaat lagi tapi bila dapat mula lah hati jadi 50-50, betul ke tak apa yang aku buat nih. Seronok ke kat tempat baru nanti, boleh ke aku sesuaikan diri? Tapi yang pasti keputusan aku dah buat untuk terima tawaran HR tuh dan aku yakin setiap ketentuanNya adalah yang terbaik untuk aku.

Sepanjang 2 tahun lebih aku kat hartamas branch, macam-macam kenangan best dan x best yang aku lalui tapi yang pasti 10 menda yang aku tak boleh lupa pasal DSH :-

1.Agros
Huhuhu, bagi sesiapa yang tak pernah datang hartamas mesti tak tau tempat apakah ini. Nilah restoran mamak yang bersebelahan ngan ofis aku. Nak senang cerita pagi, petang siang malam makan kat sini. Yang pasti setiap pagi kiteorang wajib breakfast kat sini sambil bergossip-gossip. Walaupun harga kedai ni mahal nak mampus, saya ulang mahal gila bayangkan limau suam rm 1 tapi bila mintak limau ais terus jadi rm1.70. Memang tak logik langsung tapi maybe tu je yang terdekat maka itu je la pilihan hati kami. Dan yang pasti kat sinilah dating pertama aku dengan mr R a.k.a sang suami :) so setiap kali datang makan sini dengan mr R kiteorang akan pilih meja yang first time kiteorang date.. sweet kan?!! Ngeh.

2.Ofismate
Ini merujuk kepada smua bebudak hartamas (ooh, tetiba aku jadi sayu n rasa mcm nak nanges). Sumpah aku akan rindukan korang semua. Untuk bos aku En Joe yang sporting tahap gaban, kalo gaban jadik manager pun aku rasa tak sporting mcm nih. tapi sekali sekala mengamuk tuh, agak tercabut lah jantung aku. Belum lagi dengan cerita-cerita motivasi dia yang bisa buat aku tertekan dan rasa dan-dan nak berubah time tu jugak. I'm gonna miss u boss.
Untuk geng-geng officer pulak esp k yati, k zai dan bob. Aku mesti rindu gila sama kalian. Untuk geng-geng huha, especially fairuz, akma, aishah, emy, fazira, hanis, zieha, cik lias, sofi yang gila.. Korang lah penyeri hari-hari aku kat sini dan terutama akma dan aishah tq eh sebab bertahan dan bersabar sepanjang keja bawah aku. Walaopun aku bukanlah Head of Credit(nama jawatan aku yg En Joe kasik) yang baik sangat tapi aku yakin 1 ari nanti korang akan rindukan aku. Buat fairuz pulak, kawan aku makan lunch mkn ptg n mkn mlm (apa jua jnis makan sepanjang waktu bekerja) tak termasuk lagi kawan aku pergi pjbt pos, 7 eleven, kedai cosway dan kedai korea yg mahal nk mampus ;) Walaupun kita jauh tapi tak semestinya kita tak boleh karaoke sama-sama huhuhu.
Untuk hasrul, walaupun ko selalu emo dan tak menyempat nak suruh aku attend customer ko tapi ko tetap antara org2 yg aku akn igt. Yelah, aku kan selalu tumpang ko gi plaza damas n antara orang2 yang aku selalu gaduh ;)
Untuk muka-muka baru, farah z, farah diana n wajiha. Mintak maaf banyak2 kalau sang senior tak sempat nak turunkan semua ilmu sebab aku pun tak tahu nak ajar korang macam mana.Mana yang terfikir tuh aku ajar je la. Harap-harapnya korang buat yang terbaik dan naikkan nama hartamas. Speninggalan aku nanti aku tinggalkan loan growth 223% (tetiba jadi riak dan tersenyum sambil menepuk-nepuk dada)

3.Nasi lemak cik ayu
Tulah makanan ruji aku di pagi hari  tapi sejak ada nasi lemak bustop, hati aku mula berubah arah. Nak buat macam mana nasi lemak cik ayu mahal sangat. Mungkin disebabkan itu semua overhead kos untuk cover mekap cik ayu ;)

4.Morning briefing
gelak-gelak, main-main dan start the day dengan kegembiraan.... Sumpah aku akan rindu semua ini

5.Target..target.. target
Bila aku kat region nannti, dah takde semua nih.

Oklah mata aku pun dah mengantuknih.. aku stop dulu esok aku sambung lagi 5... good nite!

No comments:

Post a Comment