Monday, November 8, 2010

Saya sayang lelaki:)

Ini hari pertama saya menulis dengan post yang pertama. Alhamdulillah, ada menerima pelbagai komen tapi yang tak boleh lupa k heidi dengan nada penuh Nas Ahmad (hahhaaha, nada penuh terjah) "Pench, awak tengah gaduh dengan Mr R ke sebab tulis komen macam tuh" dan.. kawan lama saya di sains raub, hadi (kami tidak rapat tapi maybe sbb nama kami dari kata dasar yg sama membuatkan dia terpanggil untuk memanggil.. ops silap, terpanggil utk memberi komen:) "amboi, ohpenco.. ko memang suka kutuk lelaki"
Oh tidak sama sekali, penulisan itu secara general sebenarnya tidak berniat untuk menghentam sesiapa.
Itu merupakan favorite quotes saya dan saya cuma ingin berkongsi dengan semua. Untuk hadi pula, nantikan entri saya yang akan datang sebab saya memang sayang lelaki.. (hehehe, kenapakah nada ayat itu mcm ayat cik bedah desperate) kerana dua insan penting dalam hidup saya kini Mr R & R Jr ialah lelaki.

No comments:

Post a Comment