Sunday, November 14, 2010

Marathon Wayang\('o')/

Minggu lepas sempat gi marathon wayang dengan Mr R. Macam biasa tmpt yang dituju ialah Midvalley sebab tuh jer tempat yang kiteorang takkan sesat dan akan jumpa parking dengan mudah ( ini alasan awal2 sebab ramai yang akan tanya kenapa tak gi tengok kat OneUtama dahla dekat sekangkang kera, yang kononnya merangkak pun bleh sampai)
Since dah lama banget (tetiba ayat indon terkeluar sebab emo tak hilang lagi coz tak dapat gi bandung itu hari) tak nengok wayang, kami terpaksa nengok 2 citer sekaligus. Walopun mcm giler selfish sbb hantar anak kat babysitter tapi makbapak (merujuk kpd kami berdua) leh gi happy2 tengok wayang tanpa rasa berdosa tapi sebenarnya kita kena jugak bergumbira n spend our quality time together2. Sbb antara ayat Mr R "ala kita bukannya tengok wayang hari2 and bila raid dah kawin nanti pon dia takkan bawak kita gi tengok wayang". So secara tak langsung, perasaan berdosa tuh dah hilang. Tapi takdelah bila aku tulis macam ni, korang leh gi tengok wayang hari-hari dan ambik anak lambat-lambat=)
Okay, since yang si tukang booking wayang ialah Mr R maka citer pun memang 100% ikut selera dia.

First movie,
Okaylah jugak sebab hero kegemaran aku ada.. Bruce Wilis. Citer pasal pesara CIA yang diburu sebab ada konspirasi atasan. Cerita lawan-lawan jugak tapi gila comel sebab semua hero-hero tua yang berlawan.
Penyudah cerita macam senang gila dan aksi-aksi semuanya diselang seli dengan aksi komedi. So kalo nak tengok something yang ringan dan ada aksi boleh la tengok RED:)
Second movie,
Berkisar pasal ada satu train yang berjalan tanpa pemandu, sebab pemandu dia boleh bodoh giler turun kejap betulkan landasan dan tak tarik handbrake betul2. So train itu membahayakan semua train2 lain yang ada kat landasan. Jalan citer yang simple tapi nasib baik sebab aku & Mr R mmg pminat Denzel Washington & CGI yang digunakan dalam filem tuh mmg sangat banyak dan menarik. Ops, tambahan pula Chris Pine yang sangat hemsem dan bleh wat citer tuh jadik menarik dengan tengok muka dia je:)

Ops lagi satu, tolongla booking tiket awal-awal via online at http://www.gsc.com.my/ atau http://www.tgv.com.my/ so tak payahla korang nak beratur lama-lama sampai leh wat hilang mood nengok wayang =)

1 comment:

  1. aku tgk cite unstopable tu ngan yat lepas kami tibai makan kat umbai. aku boleh mcm nk terlelap.xtau la sbb kekenyangan or cite tu boring.hehehe.

    ReplyDelete