Sunday, November 7, 2010

Lelaki mudah lupa.. ops!

"In the hopes of reaching the moon, men fail to see the flowers that blossom at their feet- Albert Schweitzer"

Hmm, sgt melodik kan quotes di atas... kalau dalam bahasa melayu mudah nya.. maksudnya lebih kurang  kerana ingin menggapai langgit lelaki selalu lupa rumput yg dipijak... dalam erti kata lain, kaum lelaki mudah lupa (tetiba amik favorite phrase Dr M).Ohpenco tidak berniat untuk mengutuk kaum lelaki cuma kadangkala mereka sering alpa untuk menghargai kaum ohpenco yang bermati-matian berusaha untuk membahagiakan mereka. Wah, sangat klise kan ayat itu=)
Berikut disediakan contoh-contoh (ayat berganda ok sebab nak menerangkan betapa banyak contoh) lelaki mudah lupa...

Kisah 1
Seorang isteri yang setia siang dan malam.. dahla badan maintain dan berpendidikan tinggi dan berpangkat pula (apa la ayat meleret macam karangan BM ni.. epp nnti zorga marah..) Untuk pengetahuan semua zorga itu ialah guru BM ohpenco ketika di tingkatan 5 dulu... ok sambung cerita balik, sang suami pula hanyalah kuli pencacai angkat najis tetapi setelah dibantu oleh sang isteri mampu duduk sama tinggi, berdiri sama rendah dengan sang isteri (maknanya sama pangkatla) tetapi telah meninggalkan isteri kerana mabuk cinta dengan GRO.. (saya ulang ya.. GRO) bukan ustazah, atau guru tadika atau pegawai bank...Maka tinggallah sang isteri terkebil2.... oh.. lelaki mudah lupa

Kisah 2
Lelaki itu sangat meminati wanita itu... berusaha maut untuk memenangi hati wanita itu.. kalau nak dikatakan sentiasa memberi hadiah-hadiah indah..  nak dipendek cerita, kalau birthday nenek sedara wanita itu pun, lelaki itu akan membelikan hadiah kepada wanita itu. Namun sayangnya, itu semua ketika zaman menawan hati. Apabila hati tertawan,berkahwin dan mempunyai beberapa cahaya mata.. semua penghargaan itu hilang di bawa angin yang lalu.. time birthday pun.. jangakan hadiah wish dengan mulut pon tidak.. kerana mungkin agaknya air liur lelaki itu sangat berharga pada hari ulang tahun isterinya.. oh.. mungkin dia lupa...

Kisah 3
Mereka ialah 'weekend husband & wife' dan sang isteri bergaji tinggi. Mereka mempunyai ramai anak. Kerana menurut sang isteri, sang suami suka ramai anak dan katanya setiap anak datang dengan rezeki masing-masing.. Tapi semuanya si isteri yang kena tanggung (tetiba intonasi menjadi emo) kerana sang suami sentiasa dengan alasan takde duit. Dengan erti kata lain, sang suami hanya tau buat anak dan bila berkenaan dengan tanggungjawab semuanya perlu digalas atas bahu si isteri... erm, apala guna jadi suami kalau hampeh dan tak berguna macam tu..


No comments:

Post a Comment